Aku rasa hari nie lah hari yang paling padat dengan aktiviti. Ada jemputan kahwin, open house hari raya, 2 jemputan birthday dan juga marhaban.
Sebenarnya aku hampir tak pergi jemputan kahwin kat Gelang Patah kerana wife aku kena food poisoning. Dari malam tadi wife aku baring tak bermaya sampailah tengah hari. Cuma bangun sebelah pagi sebab nak jumpa doctor. Hampir pukul 1 petang dia bangun ajak pegi jemputan kahwin...maklumlah kawan lama...kena pegi juga.
Perjalanan lebih kurang 1 jam. Sampai-sampai jumpa pengantin kejap dan pegi makan. Masa makan tu junpa la kawan-kawan lama.
So, aku pun ambik la gambar-gambar dengan digital camera sony aku. Gambar-gambar kat bawah.
Farah, Wan dan kawan, Hamzah, Atikah dan anak-anak, semuanya kawan-kawan lama Shidah.
Pengantin siap sedia utk makan.
Lagi gambar pengantin
Wakil keluarga mambacakan doa selamat untuk pengantin.
Para tetamu mengamimkan doa.
Pengantin di hidangkan makanan.
Dalam pukul 3 lebih aku pun bergerak dari rumah pengantin, terus ke open house kat rumah Shima di Mutiara Rini...officemate wife aku.
Antara jemputan yang dah sampai dulu.
Tetamu lelaki yang dah kekenyangan.
Sath, isteri dan anak-anak menjamu selera.
Lagi gambar makan-makan.
On the way balik tu ingat nak singgah kat Setia Indah ada jemputan birthday, tapi wife aku dah tak larat so terus balik rumah. Lagi pun malam ada marhaban pulak.
Untuk Taman Seri Austin, malam nie adalah malam kedua marhaban di adakan. Di mulakan dengan rumah keluarga En. Jamil than rumah aku. Pas tu rumah En Ismail dan akhir sekali tahlil arwah di rumah arwah Sakirin.
Marhaban di rumah En. Ismail
Setiba di rumah arwah Sakirin bacaan selawat terus berkumandang.
Esok ada lagi jemputan open house!