Saturday, October 3, 2009

Majlis Perkahwinan, Open house, Birthday dan Marhaban

Keluarga ku 3/10/09: Majlis Perkahwinan, Open house, Birthday dan Marhaban.

Aku rasa hari nie lah hari yang paling padat dengan aktiviti. Ada jemputan kahwin, open house hari raya, 2 jemputan birthday dan juga marhaban.

Sebenarnya aku hampir tak pergi jemputan kahwin kat Gelang Patah kerana wife aku kena food poisoning. Dari malam tadi wife aku baring tak bermaya sampailah tengah hari. Cuma bangun sebelah pagi sebab nak jumpa doctor. Hampir pukul 1 petang dia bangun ajak pegi jemputan kahwin...maklumlah kawan lama...kena pegi juga.

Perjalanan lebih kurang 1 jam. Sampai-sampai jumpa pengantin kejap dan pegi makan. Masa makan tu junpa la kawan-kawan lama.

So, aku pun ambik la gambar-gambar dengan digital camera sony aku. Gambar-gambar kat bawah.

Kawan-kawan lama Sidah

Farah, Wan dan kawan, Hamzah, Atikah dan anak-anak, semuanya kawan-kawan lama Shidah.

Tetamu menjamu selera

Sebahagian tetamu menjamu selera.

Paluan kompang
Kompang. Alamak! gambar separuh je...mesti problem masa upload.

Sidah dan suami

Pengantin siap sedia utk makan.

Sidah dan suami

Lagi gambar pengantin.

Sidah dan suami

Lagi gambar pengantin


Wakil keluarga pengantin membacakan doa.

Wakil keluarga mambacakan doa selamat untuk pengantin.

Sekitar majlis perkahwinan Sidah

Para tetamu mengamimkan doa.

Perkahwinan Sidah

Pengantin di hidangkan makanan.

Dalam pukul 3 lebih aku pun bergerak dari rumah pengantin, terus ke open house kat rumah Shima di Mutiara Rini...officemate wife aku.

Beraya di rumah Shima

Antara jemputan yang dah sampai dulu.

Beraya di rumah Shima

Tetamu lelaki yang dah kekenyangan.

Beraya di rumah Shima

Makan-makan.

Keluarga Seth beraya di rumah Shima

Sath, isteri dan anak-anak menjamu selera.

Beraya di rumah Shima

Lagi gambar makan-makan.

On the way balik tu ingat nak singgah kat Setia Indah ada jemputan birthday, tapi wife aku dah tak larat so terus balik rumah. Lagi pun malam ada marhaban pulak.

Marhaban di rumah Muthalib

Untuk Taman Seri Austin, malam nie adalah malam kedua marhaban di adakan. Di mulakan dengan rumah keluarga En. Jamil than rumah aku. Pas tu rumah En Ismail dan akhir sekali tahlil arwah di rumah arwah Sakirin.

Marhaban di rumah En Ismail

Marhaban di rumah En. Ismail

Bacaan selawat di rumah arwah Sakirin

Setiba di rumah arwah Sakirin bacaan selawat terus berkumandang.

Tahlil arwah di rumah arwah Sakirin

Tahlil.

Tahlil di rumah arwah Sakirin

'Acara' akhir sekali, menjamu selera.

Esok ada lagi jemputan open house!


No comments: